top of page
Skrin Telefon
ikon-kedai-apl-epal-e1485370451143-410x
muat turun.png

Ramadhan

Ibadah Tracker

Track Ibadah within Family FOREVER!

Ramadhan Ibadah Tracker by StudentQR

​Adakah kita ingat berapa kali kita bersedekah pada Ramadhan yang lalu? Berapa helai muka surat kita telah baca Al-Quran pada 3 tahun yang lepas? Berapa banyak peningkatan qiamullail pada tahun 2019 berbanding tahun 2016?

 

Ya, Ibadah Tracker, sebuah aplikasi Android/IOS yang bertujuan untuk merekodkan ibadah bersama-sama keluarga terutamanya di bulan Ramadhan secara sistematik dan disimpan selamanya! Setiap hari anda boleh lihat 'performance' ibadah anda dan bandingkan dengan ahli keluarga!

 

Rancangan keluarga ilustrasi Ramadhan (1).jp

Tingkatkan Keseronokan Beribadah

Untuk menjadi muslim yang baik, kita seharusnya meningkatkan amalan ibadah dengan lebih baik berbanding dari tahun yang sebelumnya.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tetapi bagaimana kita mahu memastikan yang tahun ini lebih baik berbanding dari tahun yang sebelumnya sedangkan kita tidak merekodkan ibadah kita pada tahun2 yang lalu? Inilah misi Ibadah Tracker. Ibadah yang dilakukan disimpan di Cloud dan boleh dirujuk pada bila2 masa sehingga ke akhir hayat.

Pada asalnya, Ibadah Tracker by QR Points ialah sistem untuk merekodkan syakhsiah pelajar di sekolah dan kini boleh digunakan untuk memantau ibadah ahli keluarga. Ibadah Tracker juga boleh  meningkatkan motivasi ahli keluarga kita terutamanya pelajar, agar semakin bersemangat beribadah di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Di samping itu, aplikasi ini dapat membantu untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga walaupun di musim PKP ini berjalan. Kita juga akan semakin seronok melakukan ibadah bila mana mendapat mata ganjaran dan boleh melihat rekod mereka tersenarai dalam Leaderboard.

Setiap hari juga , tazkirah pendek akan dihantar dalam bentuk notifikasi secara harian kepada semua ahli keluarga yang berdaftar.

Ibadah Tracker in Astro Awani

Ibadah Tracker in Astro Awani

Mainkan Video

Tutorial Video

Hak Cipta © 2019 BY MYFUTURITY GLOBAL SDN BHD. Semua kandungan laman web, aplikasi Android, aplikasi IOS dan pentadbir sekolah dimiliki sepenuhnya oleh MyFUTURITY GLOBAL SDN BHD

bottom of page