top of page

10 Tablet Pilihan Di Bawah RM1000 Untuk PdPR

Sedia maklum, sesi persekolahan secara bersemuka hanya melibatkan pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sahaja. Sementara, semua murid sekolah rendah dan pelajar tingkatan satu hingga empat pula diarahkan untuk mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah atau ringkasnya adalah PdPR. Keputusan itu dibuat bagi membendung penularan Covid-19 di negara ini. Pada masa sama, melindungi keselamatan anak-anak.


Jadi apabila keadaan ini berlaku, peranti pintar seperti telefon bimbit, tablet, laptop atau komputer merupakan antara keperluan penting bagi memudahkan anak-anak melaksanakan semua tugasan yang diberikan sebaiknya. Bukan itu sahaja, malah capaian rangkaian internet juga kini bukan lagi satu kemahuan tetapi menjadi keperluan. Manakala dari sudut lain, ia secara tidak langsung memberi sedikit masalah dan bebanan kepada sesetengah pihak – terutamanya keluarga yang kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah. Tambahan pula, harga peranti pintar baharu yang dijual sekarang boleh dikatakan agak mahal.



Tapi tidak perlu risau, sebabnya masih ada beberapa pilihan untuk gajet – misalnya tablet yang sememangnya agak murah dan baik daripada segi harga. Ia juga sesuai digunakan oleh anak-anak untuk mengikuti PdPR. Oleh itu, dalam artikel kali ini kami senaraikan beberapa model tablet yang boleh dimiliki pada anggaran harga di bawah RM1,000. Mungkin penyenaraian ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak tertentu untuk mendapatkan tablet dengan harga yang lebih murah. Sekaligus, memudahkan anak-anak agar dapat mengakses pelbagai kandungan pembelajaran dengan sebaiknya. Untuk memudahkan semua, kami turut meletakkan pautan pembelian untuk membawa secara terus kepada produk.


20 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page