top of page

Sekolah Orang Asli Malaysia Yang Pertama Di Dunia Menggunakan Kod QR

Sekolah Kebangsaan Sungai Judah, Pulau Karey, Klang Selangor mencatat sejarah dengan menggunakan kod QR untuk merekod dan meningkatkan penglibatan antara pelajar dan guru.


Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1956 dan ia adalah sekolah orang asli pertama di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia mempunyai seramai 130 orang pelajar dan 17 orang guru. Penduduk kampung ini merupakan suku Mahmeri yang dipimpin oleh Tok Batin bernama Daiman Bin Peron.


Kebanyakan sekolah orang asli sangat mementingkan soal syakhsiah pelajar. Sebelum ini, guru terpaksa merekod kelakuan pelajar secara manual yang mengambil masa 4-6 bulan tetapi dengan menggunakan StudentQR, mereka hanya perlu 10 saat untuk mendapatkan laporan. Sistem in menggunakan teknologi AI yang menghapuskan keperluan untuk memindahkan rekod dari kertas ke komputer


Laporan ini akan terus ditunjukkan kepada ibubapa menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar. Ibubapa dapat mengawasi kelakuan anak-anak mereka dengan kehadiran ke sekolah, dan penglibatan di sekolah.



Pendidikan adalah suatu elemen yang penting kerana ia mengangkat darjat dan meningkatkan kualiti hidup terutamanya bagi golongan minoriti seperti orang asli.


“Biasanya orang asli dianggap ketinggalan dalam beberapa aspek. Sebelum ini kami menggunakan sistem manual tapi ia mengambil masa 4-6 bulan tapi dengan menggunakan sistem ini kami dapat menggunakan dalam 10 saat sahaja. Selain itu, pelajar juga sangat gembira dan ianya mencetus motivasi mereka untuk berbuat baik. Kami semua gembira dan ucapkan selamat maju jaya kepada StudentQR!” Ustaz Sharul Azam.



Majlis perasmian telah diadakan pada 10 Februari 2020 di Sekolah Kebangsaan Sungai Judah, Klang Selangor yang dirasmikan oleh wakil dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang disaksikan oleh pegawai daerah Selangor.


Pemenang anugerah SUPERB Teraju, StudentQR ini sudah merekodkan sebanyak 3.03 juta kelakuan positif sejak Januari 2019 dari 45 buah sekolah di Malaysia dan Indonesia.

29 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page