top of page

SIT DARUL MAZA - SEKOLAH INDONESIA PERTAMA GUNA KOD QR CATAT SYAKHSIAH

Sekolah Islam Terpadu Darul Maza


StudentQR Points mengorak selangkah lagi bagi meluaskan jaringan ke luar negara dan sekolah SIT Darul Maza sebagai sekolah perintis yang menggunakan StudentQR Points. Sekolah Terpadu Darul Maza mempunyai 70 jaringan sekolah dan SIT merupakan sebuah sekolah Tadika yang terletak di Kota Bekasi, Indonesia. 


Dengan penambahan sekolah ini, pengguna StudentQR Points telah mencapai 15,350 orang pelajar dengan jumlah 3,033,390 tingkah laku positif yang dihantar ke dalam sistem sejak Januari 2019. 


Penggunaan StudentQR Points adalah selari dengan objektif penubuhan SIT Darul Maza iaitu melahirkan pelajar berketrampilan baik sekaligus membina suasana sekolah yang positif. Pembinaan karakter bermula dari kecil merangkumi beberapa aspek seperti kejujuran, disiplin, amanah dan pertumbuhan nilai Islam dari diri pelajar.


Penggunaan StudentQr juga mengikut keperluan yang dikehendaki oleh Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Kabinet Indonesia Maju, Indonesia yang baru iaitu Mr Nadiem Makarim yang juga bekas Ceo Gojek.


SIT DARUL Maza akan mula menggunakan sepenuhnya StudentQR pada semester baru mereka iaitu pada Januari 2020.





21 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page