top of page

UPSR DAN PT3 DIMANSUHKAN. APA SETERUSNYA? (5 Tips untuk Guru)


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah memuktamadkan keputusan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Dengan pemansuhan ini juga, tiada peperiksaan ganti.


Antara persoalan yang bermain dikalangan guru-guru ialah:

" Kalau sudah tiada UPSR & PT3, bagaimana guru boleh rekod prestasi pelajar? Apa yang boleh guru laporkan kepada ibu bapa tentang prestasi anak mereka di dalam kelas?


"Kalau rekod aktiviti harian pelajar, penat lah kami guru-guru perlu catat satu-satu. Nak kena buat laporan lagi, pengsan!"


"Anak murid saya 1A sahaja UPSR, tetapi dia selalu tolong guru dan kawan-kawan dalam kelas. Sahsiah dia 'top'! Tapi nak 'appreciate' pelajar begini bagaimana?"


Yang jelas, selepas ini guru-guru perlu mentaksir pelajar secara keseluruhan seperti akademik, sahsiah, kokurikulum, penglibatan dalam kelas, bermaksud guru perlu rekod aktiviti pelajar dengan lebih kerap dan banyak.


Apa penyelesaiannya? Berikut ialah tips dan cadangan kepada pihak sekolah.


i. Rekod aktiviti pelajar guna sistem kod QR untuk hantaran yang lebih cepat

ii. Gunakan sistem yang boleh terus siapkan laporan secara automatik (tidak perlu 'key-in' berulang kali) dan serasi dengan APDM & SSDM

iii. Kategorikan item-item aktiviti mengikut kategori supaya laporan lebih tersusun

iv. Gunakan sistem sijil automatik, terus dapat hasilkan laporan aktiviti dan pecahan karakter pelajar (ibu bapa pasti suka!)

v. Pastikan sistem tersebut boleh berfungsi ketika 'offline' atau semasa internet lemah.


Tidak banyak sistem merekod sahsiah dan aktiviti pelajar di pasaran, apatah lagi yang lengkap dan murah. Satu pilihan terbaik yang sekolah ada ialah dengan menggunakan sistem StudentQR.


Sempena dengan pemansuhan UPSR & PT3, sekolah boleh daftar dan mula gunakan sistem StudentQR di pautan www.studentqr.com.


Untuk sekolah baru, setiap pendaftaran akan disertakan dengan 1 bulan Unlimited Behavior dan set Kad QR secara percuma untuk 1 kelas (kad qr, lanyard dan pemegang kad).



Daftar sekarang di www.studentqr.com


Lihat contoh penggunaan StudentQR oleh Sekolah Orang Asli Sungai Judah, Pulau Carey di bawah ini.


*sumber gambar: pendidik.my



904 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page